Tuesday 15 November 2011

Fakta - Asal Usual Jenama Kamera CANON


Tahukah anda nama Canon ini diambil dari nama Dewi Guanyin? You know the goddess in the Wukong The Monkey God tv show on NTV7 years ago? Dalam bahasa Jepun, Dewi Guanyin dipanggil Dewi Kwanon. Syarikat yang menghasilkan kamera Kwanon ditubuhkan oleh Yoshida Gorō dan Uchida Saburō pada November 1933. Syarikat mereka pada ketika itu dikenali sebagai Seiki Kōgaku Kenkyūjo atau dalam bahasa inggerisnya Precision Optics Laboratory. Pada tahun 1934 Precision Optics Laboratory menghasilkan kamera pertama mereka yang berjenama Kwanon. Ianya sebuah kamera 35mm yang dihasilkan bagi melawan kamera Leica Model II yang pada ketika itu dianggap kamera paling awesome dipasaran




Ada sebab mengapa Yoshida Goro menghasilkan kamera Kwanon bersama Uchida Saburō yang merupakan abang ipar beliau. Pada ketika itu harga sebuah Lecia Model II ialah 420 Yen. Ini pada pendapat Yoshida Gorō adalah terlalu mahal kerana gaji paling mahal seorang warga Jepun pada ketika itu ialah 70 Yen sebulan!

Mengikut cerita, sekitar 1920-an 
Yoshida Gorō pergi ke Shanghai bagi mendapatkan bahan ganti untuk sebuah projektor. Yoshida Gorō pada waktu itu bekerja dengan sebuah syarikat membaiki projektor. Setibanya di Shanghai beliau bertemu seorang warga Amerika bernama Roy E Delayyang menjadi pembekal barang ganti kamera dan projektor. Apabila mengetahui Yoshida datang dari Jepun semata-mata mahu mendapatkan spare parts Roy E Delay berkata;

"Kamu harus ke China semata-mata untuk mendapatkan bahan ganti? Negara kamu sudahpun menghasilkan kapal perang dan pesawat tempur yang bertaraf dunia. Tiada sebab Jepun tidak mampu menghasilkan kamera mereka sendiri"
Yoshida kembali ke Jepun dan membeli sebuah Leica Model II. Beliau membuka mekasnisma kamera mahal ini satu persatu bagi mempelajari bagaimana beliau boleh menghasilkan kameranya sendiri. Apabila kesemua bahagian Leica itu sudah diasingkan dan dicabut Yoshida terkejut. Beliau pernah dipetik berkata;

"Saya membuka kamera Leica yang mahal itu satu persatu. Saya dapati tiada bahan binaan luar biasa seperti permata yang digunakan. Kamera ini hanya dibuat menggunakan gangsa, aluminium , besi dan getah. Saya terkejut bagaimana kamera yang dibuat dengan bahan yang murah sebegini terjual sebegitu mahal! Ini membuatkan saya berang"

Maka bolehlah dikatakan nama KWANON yang digunakan untuk kamera pertama keluaran 
Seiki Kōgaku Kenkyūjo sangatlah bertepatan. Kwanon ataupun Guanyin ialah Dewi Simpati (Goddess of Mercy). Kamera Kwanon dijual dengan harga 275 Yen sahaja berbanding Leica yang dijual dengan harga 420 Yen. The price of the Kwanon is not cheap but still MERCIFUL to the average Japanese photography enthusiast.





Nama syarikat Seiki Kōgaku Kenkyūjo hanya secara rasmi ditukar kepada Canon pada tahun 1947. Kenapa Kwanon menjadi Canon? Ini adalah untuk memudahkan branding di negara Barat. Bermula dari sebuah syarikat kecil Canon kini sudah menjadi gergasi industri imaging dan optics.

Hanya kerana melawat kedai bahan ganti di Shanghai, seorang lelaki Jepun dapat menghasilkan sebuah jenama kamera yang hebat seperti sekarang.
kamera Canon namanya diambil dari dewa kapir Guanyin! Haram menggunakan kamera ini kerana setiap gambar diambil mendewakan tuhan palsi kafirun





Sumber

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...