Friday, 6 January 2012
Review Proton Baru - P3-21A
Selepas pulang dari 'Proton Sales Conference & Introductions P3-21A' yang disampaikan oleh DSZ sebentar tadi, saya berasa begitu tidak sabar untuk mengulas sedikit sebanyak tentang produk terbaru proton iaitu P3-21A yg bakal dilancakan pada akhir suku pertama tahun ini, iaitu March 2012.
Apa yang saya dapat lihat dan ingin dikongsikan mengenai produk ini selepas saya dapat menyaksikan sendiri secara 'live' di depan mata buat kali pertamanya, P3-21A merupakan model yang bakal menjawab segala kritikan dan pandangan yang telah diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia kepada Proton, secara tak langsung membuktikan DSZ telah mendengar dan membaca komen-komen, idea dan pandangan anda semua di blog-blog automitive negara mahupun di tempat-tempat lain. segala 'features & functions' yang kita semua mahukan, hampir semuanya ada di dalam P3-21A ini, meyakinkan lagi P3-21A ini mampu bersaing menjadi produk global.
Monday, 2 January 2012
Rekod Terhebat Roda Impian
Saya rase la ini rekod terhebat permain roda impian.. 1 huruf je dah boleh selesaikan.. hebat atau bocor?? Saya putar dulu Halim !
Sunday, 1 January 2012
[Gambar] Kemalangan Di Simpang 4 Manjung - Lumut
Simpang 4 Manjung - Lumut
Jalan Yu Neh Huat
1 Jan 2012
8.20 Malam
Baru sahaja menyaksikan kemalangan yang berlaku di Jalan Lekir malam semalam, Malam ini satu lagi kemalangan berlaku berhampiran Manjung.
Kemalangan berlaku kira-kira pukul 8.20 malam. Berhampiran Pasaraya besar Billion, Manjung.
2 buah motor terlibat dalam kemalangan tersebut.
Jalan Yu Neh Huat
1 Jan 2012
8.20 Malam
Baru sahaja menyaksikan kemalangan yang berlaku di Jalan Lekir malam semalam, Malam ini satu lagi kemalangan berlaku berhampiran Manjung.
Kemalangan berlaku kira-kira pukul 8.20 malam. Berhampiran Pasaraya besar Billion, Manjung.
2 buah motor terlibat dalam kemalangan tersebut.
[Gambar] Kemalangan Ngeri Menjelang 2012 Jalan Lekir,Perak
Enam terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah treler di Kilometer 6 Jalan Lekir - Manjung malam tadi, ketika rakyat Malaysia menanti detik sambutan tahun baru 2012.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahalan mengesahkan setakat ini enam terkorban dalam nahas pukul 11.30 malam itu.
``Berdasarkan maklumat awal, kemalangan itu setakat ini meragut enam nyawa, namun mungkin ada kematian atau kecederaan lain kerana keadaan masih kelam kabut di lokasi kejadian,’’ katanya ketika ditemui di sini, awal pagi ini.
Mohd. Shukri berkata, pegawai penyiasat masih berada di lokasi kejadian dan sedang mengumpul maklumat mangsa yang meninggal dunia dan cedera. - Kosmo
BT 6, Lekir
Lumut,Perak
31 DIS 2011
11.15 MLM
Subscribe to:
Posts (Atom)