Sunday, 1 January 2012

[Gambar] Kemalangan Di Simpang 4 Manjung - Lumut

Simpang 4 Manjung - Lumut
Jalan Yu Neh Huat
1 Jan 2012
8.20 Malam


Baru sahaja menyaksikan kemalangan yang berlaku di Jalan Lekir malam semalam, Malam ini satu lagi kemalangan berlaku berhampiran Manjung. 


Kemalangan berlaku kira-kira pukul 8.20 malam. Berhampiran Pasaraya besar Billion, Manjung.
2 buah motor terlibat dalam kemalangan tersebut.

Menurut saksi yang melihat kejadian mengatakan penunggang motosikal 125zr yang di pandu laju telah melangar lampu isyarat merah untuk memasuki simpang ke arah Pasaraya tersebut lalu merempuh penunggang motosikal Honda EX5 dari arah Lumut dan lampu isyaratnya baru sahaja hijau dikatakan mahu ke masjid berhampiran.


Mangsa yang menunggang Honda EX5 terbabit cedera teruk di kepala serta kaki beliau, manakala penunggang 125zr patah kaki kirinya dan mengalami trauma. Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Manjung berhampiran.


Turut mengejutkan, polis menemui sebilah parang panjang di bawah tempat duduk motosikal 125zr tersebut yang tidak pasti apa kegunaan parang tersebut.


Gambar Kejadian.






1 comment:

Mazaya Shazari said...

subhanallah...lg?kemalangan?allahuakbar!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...