Sunday 1 January 2012

[Gambar] Kemalangan Ngeri Menjelang 2012 Jalan Lekir,Perak

#Update 2 JAN 2012
Enam terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah treler di Kilometer 6 Jalan Lekir - Manjung malam tadi, ketika rakyat Malaysia menanti detik sambutan tahun baru 2012. 
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahalan mengesahkan setakat ini enam terkorban dalam nahas pukul 11.30 malam itu. 
``Berdasarkan maklumat awal, kemalangan itu setakat ini meragut enam nyawa, namun mungkin ada kematian atau kecederaan lain kerana keadaan masih kelam kabut di lokasi kejadian,’’ katanya ketika ditemui di sini, awal pagi ini. 
Mohd. Shukri berkata, pegawai penyiasat masih berada di lokasi kejadian dan sedang mengumpul maklumat mangsa yang meninggal dunia dan cedera. - Kosmo


BT 6, Lekir
Lumut,Perak
31 DIS 2011
11.15 MLM


Ketika menanti tahun baru bersama keluarga. Saya melihat kenderaan bomba, Ambulans bergegas menuju ke jalanraya yang mehala ke arah Lekir, Saya dan sedara turut pergi untuk menyaksikan kejadian tersebut.


Kemalangan berlaku lebih kurang 11.15 malam. Melibatkan 2 buah kereta, 1 lori .
Honda Stream, dan Honda Civic. 6 mangsa kelihatan di atas jalan serta di bahu jalan. Mangsa yang lain dikejarkan ke hospital Manjung. 


Menurut saksi sebuah kenderaan memotong dari arah kiri lalu gagal mengawal kenderaan lalu bertembung oleh treler yang datang dari arah bertentangan.


Yang kelihatan kereta Honda Stream yang terbalik dan tersangkut di atas bumbung kedai buah-buahan di situ. Mangsa tercampak keatas cermin depan Honda Civic tersebut dan terdapat serpihan otak mangsa berselerak di kereta ini. 


Treler terbabit merempuh kedai berhampiran, terdapat sebuah gerai makan di sebelah rempuhan treler terbabit, difahamkan tiada yang cedera dari gerai tersebut. 




Turut memilukan, dalam perjalanan ke hospital salah seorang ahli keluarga mangsa juga maut,terlibat dalam satu kemalangan lain.


##Mereka yang mati di tempat kejadian dikenal pasti sebagai Mohamed Kamil Tansuri, 15; Mohamad Shadan Mohd. Arshad. 15; Ahmad Faizal Ahamad Termizi. 15; Mohd. Shafiq Riduan Yusof, 16; Badrul Isa Sulaiman, 20; dan adiknya Mohd. Hadi, 17;


Mohd. Hisham Mat Zaki, 23; yang memandu kereta itu, Khairul Faiz Mohd. Nor, 17; dan dua rakan perempuan mereka pula cedera ringan.
cedera ringan


manakala pemandu treler, Abdul Rashid Mohd. Hisham, 49, Cedera parah di kepala dan dirawat di hospital sama.


----------------------------------------------------------------------------------------



MANJUNG: “Saya dan isteri hanya mampu meraung bila melihat jasad dua anak kami terbujur kaku berlumuran darah dan ditutup surat khabar,” kata Sulaiman Din, 42, bapa kepada Mohamad Hadi, 17, dan Badrul Isa, 19, yang maut dalam kemalangan meragut tujuh nyawa di sini, malam kelmarin.


Kemalangan berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stream dinaiki 10 orang termasuk dua beradik itu terbabas dan dirempuh sebuah treler membawa gas memasak di Batu 6, Jalan Sitiawan - Lekir, berhampiran kawasan perumahan Taman Kiara, di sini, jam 10.30 malam.


Selain Mohamad Hadi dan Badrul Isa, empat lagi penumpang kenderaan itu yang terbunuh di tempat kejadian ialah Mohamad Kamil Samsuri, 15; Ahmad Faizal Mohd Termizi, 15, Mohamad Shadan Mohd Arshad, 15, dan Muhammad Shafik Redzuan Yusof, 16.


Pemandu, Mohd Hisam Mat Zaki, 22, yang cedera parah di kepala meninggal dunia kira jam 8 pagi semalam di Hospital Seri Manjung (HSM), di sini.


Sulaiman berkata, sejurus tiba di tempat kejadian dia terpaksa memeluk dan menghalang isterinya, Norakmar Osman, 44, daripada menyelak helaian akhbar yang menutupi mayat dua anak mereka kerana tidak sanggup melihat jasad yang tidak lagi sempurna.


“Darah keluar membuak-buak dari kepala anak saya, malah kulit tubuh mereka turut hancur. Saya sendiri tak sanggup melihat mereka selain hanya mampu menangis sehingga jenazah dibawa ke Hospital Seri Manjung (HSM),” katanya.


Kemalangan ngeri itu berlaku ketika semua mangsa baru meraikan sambutan Tahun Baru 2012 di bandar Sitiawan dan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Batu 15, Lekir.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Meraunglihatjasadduaanak/Article/index_html


--------------------------------------------------------------------------------------------


MANJUNG: “Saya hampir terpijak biji mata seorang mangsa tercampak di atas jalan, malah ada tali usus mangsa turut terkeluar,” kata seorang pegawai kerajaan yang juga saksi kejadian, Hasni Hashim, 45.


Menurutnya, dia kebetulan berada di restoran berhampiran tergamam apabila mendengar bunyi dentuman kuat akibat pelanggaran lori dan kenderaan pelbagai guna, Honda Stream kira-kira 20 meter dari lokasi kedai makan berkenaan.


“Saya yang ketika itu sedang menghirup kopi panas, kelam-kabut melarikan diri selepas melihat treler sarat membawa tong gas itu terbabas dan meluru ke arah kedai makan.


“Treler itu yang meranapkan sebuah gerai keropok lekor di bahu jalan kemudian terperosok ke dalam kebun kelapa sawit terletak di belakang kedai,” katanya.


Menurutnya, dia kemudian bergegas melihat insiden itu sebelum mendapati banyak tubuh remaja lelaki bergelimpangan di atas jalan dan tepi gerai.


“Suasana ketika itu amat mengerikan apabila ada tubuh mangsa yang putus hingga terkeluar isi perut, otak dan mata,” katanya ketika ditemui wartawan di lokasi kejadian.


Menurutnya, beberapa penduduk kampung kemudian bertindak menghubungi polis selain menutup tubuh mangsa dengan kertas surat khabar.


Sementara itu, seorang lagi saksi kejadian, Alice Tan, 55, mendakwa dihantui perasaan trauma selepas terpaksa mengutip cebisan mayat mangsa kemalangan yang melekat di gerainya.


Menurutnya, beberapa cebisan anggota badan mangsa turut tercampak ke dalam gerai buah-buahan miliknya, manakala darah mangsa juga turut terpercik mengenai barang perniagaannya.


“Saya hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan seorang pekerja yang menjaga kedai saya pada jam 11 malam kelmarin.


“Saya bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati beberapa mayat bergelimpangan di atas jalan raya selain turut tertiarap di depan kedai,” katanya.


Menurutnya, ada antara mangsa yang turut cedera parah hingga hampir putus kepala selain kehilangan beberapa anggota tubuh penting.


“Pagi tadi (semalam) saya dapati beberapa cebisan daging dipercayai milik mangsa melekat di dinding gerai. Saya terpaksa mengutip dan mengumpul daging mangsa sebelum diserahkan kepada anggota polis,” katanya

http://www.hmetro.com.my/articles/Hampirterpijakbijimatamangsa/Article


Gambar kemalangan.






Dipercayai serpihan bumbung MPV terbabit
Honda Stream yang terbalik


Bahagian belakang Honda Stream
Rempuhan dari treler yang membawa tong gas.
Terdapat cebisan mangsa di kereta ini







Sama2 kita sederkahkan Al-Fatihah untuk mangsa.

15 comments:

taoslayerz said...

mak ai..mengerikan..mintak izin copy gambar ye..sy backlink kn pada anda

Dah Hujan said...

Sila2 share.. supaya mnjadi tauladan :(

emiliacomot said...

smue bdx bt 10 ke ?

Dah Hujan said...

batu 14 sorang.. yang lain ade dari batu 15 klau xsilap..

aya-maya said...

mintak copy paste artikel ye, =)

Dah Hujan said...

Boleh2.. :)

Anonymous said...

Terok nyew....astghfrllah...moga2 roh dccri rahmat...

Unknown said...

tragisnye..

Terbakor said...

ngeri betul.. Takziah pada keluarga mangsa yang terlibat..

Shah Ajiking said...

innalillah... takziah dan alfatihah kepada arwah2 sekalian...

rubinoor mustafa said...

al-fatihah dan salam takziah buat keluarga mangsa

Anonymous said...

salah seorg mangsa adalah pelajar saya. Thn nie nak amik SPM

nur syahirah binti zahari said...

AL-FATIHAH.
moge dtempatkan gologngan2 org-2 yg beriman :')

budak lekior gak! said...

Semoge tragedi ini menjadi peringatan kpd semua pembace terutama yg mengunakan laluan ini (depan ghomah awok je).walaupun setaip taun ade je exiden yg tragis kat cni, still lg ramai yg drive cam haram kat jalan ni. geng mat rempit la, geng satria la, mcm2 lg la... bile bwk cam hantu ni, org2 len pon ter'doa' la korg ni belangor la.... lg teruk klu org yg x bersalah pon terlibat gak dsbbkn hantu2 ni... ate, igt la org yg tersayang dan org yg mungkin jijik nk kutip otak kome bile dah besepai nnt... dan jgn lpe pki tali kledar dan jgn cilok-mencilok...pesanan ikhlas ini untuk kome semua....

Nana said...

pemandu honda civic 2 pcik sy..Alhamdulillah dia cedera ringan jer...

setiap pe yg blaku adalah kehendak Allah SWT..Maut e2 pn sudah ttulis utk kita semua. Cuma MASA, TEMPAT & BAGAIMANA nyawa kt ditarik hanya Allah SWT Maha Mengetahui..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...