Monday 17 October 2011

Lampu Jalanraya Mengunakan LED




Ke arah merealisasikan hasrat kerajaan negeri menjadikan bandar teknologi hijau,  kerajaan mengorak langkah menggantikan lampu jalan konvensional kepada jenis lampu putih diod pemancar cahaya (LED).


Lampu LED dilihat lebih efektif dalam menjaga alam sekitar kerana ia tidak melepaskan gas karbon dioksida berbanding lampu konvensional jenis sodium yang melepaskan gas berkenaan sehingga 80 peratus.

Pemasangan lampu LED lebih mesra alam berbanding lampu konvensional yang mencatatkan bacaan pelepasan karbon dioksida yang tinggi.


Projek perintis dan akan dipantau selama enam bulan untuk melihat keberkesanannya secara menyeluruh sebelum dikembangkan ke seluruh daerah ini meliputi lampu isyarat, lampu di perhentian bas dan kawasan pejalan kaki.


Selain mesra alam, lampu LED juga menyumbang kepada penjimatan kos dan penyelenggaraan serta penggunaan tenaga elektrik yang rendah.


Dimaklumkan pihak kontraktor bahawa penggunaan lampu LED dapat menjimatkan kos dan jumlah guna tenaganya pula kurang 60 peratus berbanding lampu konvensional dan kadar kecerahan juga tiga kali lebih tinggi.


Dari segi penyelenggaraan, lampu LED berupaya beroperasi selama 50,000 jam bersamaan kira-kira empat tahun berbanding lampu konvensional hanya mampu bertahan selama 10 bulan.






p/s: Lampu jalan LED da di praktikkan dekat China.. Tak heran la sebab diorang pegeluar yang terbesar di dunia.


Dah banyak jalan persekutuan sesetengah lampu ditukar kepada LED.. MRR2, kat Subang, jalan kampung pon ada yang dah taruk.. 


Macam kat jalan kampung dari bidor menghala Teluk Intan pon ada kawasan perkampungan India lampu jalan tersebut dah dipasang dengan lampu LED.. Nice :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...