Thursday, 20 October 2011

Sazzy Falak Bersama Anak Kembarnya



Tatapan mata seorang ibu terhadap sepasang anak kembarnya menggambarkan betapa puasnya hati dapat melahirkan dan menyusukan zuriat tersayang sepenuhnya. Ikuti perjalanan hidup selebriti genit Sazzy Falak selepas bergelar ibu.


Si comel yang diberi nama Imaan Lily dan Tiara Rose bertuah kerana dikurniakan ibu dan
ayah yang amat menyayangi mereka sepenuh hati. Kehadiran mereka memang tepat pada masa apabila Sazzy dan Nazril sememangnya sedang mendambakan kelahiran anak.


Menurut cerita Sazzy, kenangan saat mengetahui dirinya hamil amat mengujakan sekali. Apabila terlewat datang bulan, Sazzy mulai resah tetapi tidak mahu menyimpan angan-angan yang dirinya sedang hamil. Untuk meredakan kegusaran hati, dia menjalani ujian darah seperti disarankan oleh doktor sakit puannya.


“Malam tersebut iaitu raya kedua tahun lepas, doktor menelefon suami saya dan memberitahu keputusan positif saya hamil. Paling memeranjatkan bila doktor beritahu dapat kesan kemungkinan besar mengandung bayi kembar sebab buat ujian darah,” cerita pelakon drama Gol & Gincu yang tergelak mengingatkan riak wajah Nazril tatkala menerima panggilan telefon daripada doktor saat tersebut.


Menurut Sazzy sebelum ini dia memang selalu berangan untuk mendapat anak kembar tapi tidak menyangka akan memilikinya sebagai cahaya mata pertama. Namun kelahiran kembar bukan perkara luar biasa bagi keluarga Nazril kerana ibunya juga lahir sebagai anak kembar selain punya beberapa orang saudara lain yang lahir kembar.


Sumber

1 comment:

Ekram Mahat said...

rahmat ye dapat anak kembar :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...